Saya Haszira Binti Hatim, nama gelaran Ariz seorang Perunding Hartanah Berdaftar sepenuh masa di agensi hartanah Legacy Real Property Sdn Bhd. Kawasan aktif saya adalah di Gemas dan sekitar.
Profesional, berpengalaman, mahir dan telah berjaya menjual hampir 100 unit hartanah seperti rumah kediaman, rumah kedai, pangsapuri, kondominium, semi-d, banglo, tanah banglo lot, tanah pertanian, tanah pembangunan dan lain-lain lagi.
Pengalaman saya sememangnya luas dari pelbagai segmen pasaran hartanah iaitu hampir 5 tahun di dalam industri second / subsale di agensi hartanah Legacy Real Property.
Bukan itu sahaja, sememangnya terbukti saya adalah TOP ROOKIE di agensi dan juga TOP SALES beberapa kali di agensi.
TIGA PERKARA KENAPA ANDA PERLU MELANTIK EJEN HARTANAH BERDAFTAR
PROFESIONAL
Ejen Hartanah adalah kerjaya yang profesional dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Ejen Hartanah juga perlu mamatuhi akta-akta tertentu demi menjaga kepentingan pelanggan.
JIMAT MASA
Anda tidak perlu membuang masa anda untuk berurusan dengan ramai pihak dalam urusan jual, beli atau sewa hartanah. Semua urusan diuruskan oleh kami. Anda akan dapat masa yang berkualiti dan boleh melaksanakan urusan lain dengan tenang.
RANGKAIAN
Ejen hartanah mempunyai rangkaian yang sangat besar di kalangan kami. Kami juga mempunyai panel Peguam dan Bank yang pakar dalam hartanah. Kebarangkalian rumah anda terjual cepat adalah sangat tinggi.